Monday, May 6, 2013

Entri Gila..




Hai.


Sesungguhnya aku tersentak lepas baca benda tu. Ya, aku taktahu dia tuju kat siapa. Yang penting bukan aku. Hmmmm. Kenapa eh? Kalau rasa dah sayang seseorang tu, jangan layan aku bebaik boleh? Jangan bagi harapan. Sekarang ni aku rasa macam apa je. Salah ke kalau terus terang? Ya Allah, sakitnya hati. 


Kalau ikut nafsu marah, dah lama aku luah kata-kata kurang sopan. Tapi aku masih punya harga diri. Masih punya adab. Jadi aku cuba toleransi. Tapi kalau kau tak cuba beri kerjasama, macammana aku nak dapat penjelasan?


Ughh! Sulitnya hidup. Aku rasa sangat diperkotak-katikkan. Sungguh, kalau kau sayang seseorang; takpe aku rela berundur. Biar aku kecewa sekarang. Lebih baik dari hati aku membengkak tak terpulih nanti. Entah. Aku sendiri taktahu. Mungkin aku sanggup lepaskan kau sebab aku dah terlanjur sayang kau. 


Mungkin ini semua ketentuan Allah. Takdir yang membawa aku sehingga ke tahap ini. Mungkin juga, Allah ingin menguji. Tidak mengapa, aku reda. Sungguh aku tak mampu melawan segala ketentuannya.


Cuma disini aku bukan boneka, sayang. Aku manusia; punya segala perasaan seperti kau. Kengkadang sendiri rasa seperti terlalu berharap. Tinggi sangat harapan yang aku letak. Aku tidak sempurna, juga engkau.   Tapi aku cuma mohon jangan persulitkan perasaan. Aku taknak kita pergi terlalu jauh sedangkan hala tuju sebenar belum terlihat. 


Entahlah. Aku tak mampu nak kata apa. Sulit betul! Parah hidup aku cenggini. Aku cuba untuk bermanis muka. Bukan hipokrit di sini. Cuma aku tak mahu keruhkan keadaan. Allahu T.T


Basah dah t-shirt aku ni. Ahaha. Pergi dulu. Assalamualaikum :)


Tuesday, April 23, 2013

Jiwa Kacau.




Bismillah.

Saat ini aku hanya mampu tersenyum. Dah tak mampu untuk berbicara lebih dari itu. Sumpah aku derita dengan semua yang berlaku ketika ini. Aku rebah. Rebah dalam cinta yang menghanyutkan. Ughhh :(

Siddiq. Nama itu hadir hanya dalam sekelip mata. Memang aku terpana. Dia terlalu baik. Sehinggakan aku dapat rasa yang aku tak layak langsung nak berdamping dengan dia. Pernah, aku cuba sakitkan hati dia. Ya, itu cuma cara untuk jauhkan diri dari terus jatuh cinta dengan dia. Ah itu cuma sementara. Aku tak mampu teruskan jika keadaan tak kembali pulih. Bodohnya aku bila jatuh cinta. Setelah semuanya kembali seperti sediakala, memang bahagia terasa. Namun semuanya bagai angin menderu laju. Tak sempat untuk aku kecap rasa itu dengan lebih lama. Malang. Tika itu hati luka, merebak tanpa wabak. Entah kemana hala tuju perhubungan itu. Tiada noktah. Mungkin semuanya berpunca dari aku, tapi aku sendiri tak tahu.

Maaf, terlalu emosi aku di sini. Dah taktahu nak luah kat mana. Kalau simpan lama sangat, parah. Aku pamit. Assalamualaikum...

Friday, March 15, 2013

Mungkin Post Terakhir........



Facebook? Twitter? Heehe semuanya telah selamat di-deactivekan :) 

Jangan salah sangka yee.. Ini semua bukan pasal result SPM yang bakal mengunjungi aku, tinggal beberapa hari je lagi. Ahaha :D

Alasan kukuh yang aku mampu beri sekarang, taknak lagi hidup dalam laman sosial!! 
Realiti.. Yeah lebih baik menghadapi realiti *azam mulai sekarang* muahaaha!

Dan blog ini mungkin akan hanya dibiarkan usang begitu sajee. Ngehh~

Kalau rajin, aku update! Heh
Okbai, Assalamualaikum.